Terma, pembatalan & privasi
Tempahan dan bayaran
- Tempahan sah hanya selepas bayaran penuh diterima melalui Billplz. Anda akan terima no. tempahan bermula dengan ALY-.
- Lot dipegang selama 15 minit semasa bayaran dibuat. Jika bayaran tidak siap, lot dibuka semula kepada orang lain.
- Harga adalah untuk setiap lot setiap malam. Parking satu kereta, tandas dan bilik mandi termasuk.
Pembatalan
- Tiada bayaran balik untuk sebarang pembatalan atau tidak hadir.
- Jika bayaran anda diterima selepas lot telah diambil orang lain kerana tempoh pegangan tamat, pengurusan akan menghubungi anda untuk pemulangan wang.
Peraturan tapak
- Daftar masuk 2 PM, daftar keluar sebelum 12 PM. Pintu pagar ditutup 10 PM.
- Satu khemah, satu lot, satu kereta. Maksimum 6 orang setiap lot.
- Tiada haiwan peliharaan, alkohol atau bunga api.
- Peralatan elektrik maksimum 1,000 watt. Tiada aircond mudah alih atau alat pemanas.
- Unggun api hanya dengan jaring keselamatan. Tiada memasak atau merokok dalam glamping.
- Tiada mandi laut ketika angin kuat atau hujan. Ibu bapa perlu mengawasi anak sepanjang masa.
Privasi (Akta Perlindungan Data Peribadi 2010)
- Kami mengumpul nama, nombor telefon, e-mel dan nombor plat kereta untuk menguruskan tempahan, menghantar resit dan menghubungi anda tentang lawatan anda.
- Butiran kad atau akaun bank tidak disimpan oleh kami. Bayaran diproses oleh Billplz Sdn Bhd.
- Data anda tidak dijual atau dikongsi dengan pihak lain selain penyedia bayaran dan e-mel yang diperlukan untuk tempahan.
- Untuk menyemak atau membetulkan data anda, hubungi pengurusan Aliyya Beachfront Campsite.
Aliyya Beachfront Campsite · Lot 1306, Kampung Punggai, 81600 Pengerang, Johor